comscore
Tumpuan :
Jenayah

200 unit alat mainan seks pelbagai jenama dirampas

Oleh: Ridhwan Rusydi Azri Roslan 

PELABUHAN KLANG: Lagi alat mainan seks dirampas dalam tempoh dua bulan.

Kali ini, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 200 unit alat mainan seks dianggarkan bernilai RM9,230.

Menurut Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Norlela Ismail, Bahagian Penguatkuasaan JKDM Zon Tengah, Unit II (Selangor) menjalankan serbuan dan pemeriksaan ke atas sebuah gudang persendirian di Shah Alam, Selangor, 4 Jun lalu.

Hasil pemeriksaan ke atas gudang berkenaan telah menemukan sejumlah alat mainan seks pelbagai jenis dan jenama.

Katanya, alat mainan seks merupakan barangan larangan yang pengimportannya dilarang secara mutlak.

“Mainan seks adalah barangan larangan di mana pengimportannya dilarang secara mutlak dan dijelaskan di bawah Butiran 5, Jadual Pertama, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023.”

Ujarnya, barangan tersebut dipercayai diimport dari sebuah negara di Asia Tenggara dan Asia Timur.

“Siasatan masih dijalankan termasuk untuk mendapatkan nilai bagi satu-satu peralatan.” katanya dalam satu sidang media di Pejabat Kastam Pelabuhan Utara, di sini hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

“Sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang daripada 10 kali ganda nilai barangan itu atau RM100,000 yang mana lebih besar dan tidak lebih daripada 20 kali ganda nilai barangan itu atau RM500,000 yang mama lebih besar atau penjara tidak kurang dari 6 bulan dan tidak lebih dari 5 tahun atau kedua-duanya sekali,” ujarnya.

Sebelum ini, JKDM Zon Tengah Unit 1 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) berjaya merampas alat mainan seks melalui Ops Publika yang dijalankan dari 13 Mei hingga 24 Mei lalu.

Ia merupakan rampasan ‘sex toys’ terbesar tahun ini dengan nilai RM2.04 juta.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini