comscore
Tumpuan :
Jenayah

27 PATI Ditahan Cuba Ceroboh Negara

27 Pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia bersembunyi berhampiran sebuah kuil di Kota Tinggi, Johor berjaya ditahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Markas 3 Divisyen dalam satu kenyataan berkata tindakan PATI berkenaan yang cuba menceroboh negara melalui Sungai Rengit gagal apabila kehadiran mereka disedari anggota Briged Ketujuh Infantri Malaysia 7 Briged, yang sedang menjalankan ops benteng mengesan pergerakan sebuah bot di pantai berkenaan.

Enam PATI berjaya di tahan berhampiran pantai Sungai Rengit berhampiran Kuil Sri Muneeswaran, Rengit.

Manakal hasil serbuan anggota pasukan tindak pantas (QRF) bersama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Tim Drone Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP), 21 lagi PATI berjaya ditahan di sekitar Balai Bomba Sungai Rengit dan Tokong Bao An Gong, Jalan Jenahak, Sungai Rengit.

Semua PATI terbabit dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk menjalani pemeriksaan dan saringan COVID-19 sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Loading...
Terkini