comscore
Tumpuan :
Jenayah

28 ditahan langgar perintah

KUALA LUMPUR: Seramai 28 orang telah ditangkap kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dari 12 tengah malam tadi sehingga jam 8 pagi tadi.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya Polis Negeri Datuk Dev Kumar, 24 daripada mereka adalah lelaki manakala empat lagi adalah wanita.

Daripada jumlah itu, 26 orang telah ditangkap kerana tidak dapat memberi alasan yang sah untuk berada di jalanraya atau tempat awam manakala dua lagi ditangkap di Batu Niah kerana merempuh sekatan jalanraya. 

Dari segi pecahan Miri mencatatkan tangkapan tertinggi dengan sembilan tangkapan diikuti Dalat dan Sarikei masing-masing tujuh dan empat tangkapan. 

Manakala Kota Samarahan, Lawas dan Bintulu masing-masing mencatat dua tangkapan dan Kuching dan Padawan masing-masing satu tangkapan. 

26 orang telah dibebas dengan jaminan polis setelah percakapan mereka dirakam manakala dua lagi yang merempuh sekatan jalan raya masih ditahan untuk siasatan lanjut.

Pihak polis sekali lagi memberi arahan kepada orang ramai untuk mematuhi PKP yang berkuatkuasa sehingga 14 April 2020. 

Polis tidak akan teragak-agak untuk menangkap mana-mana individu yang tidak dapat memberi alasan yang sah ketika ditahan di sekatan jalanraya atau semasa pemeriksaan mengejut.

Loading...
Terkini