comscore
Tumpuan :
Jenayah

3 lelaki Bangladesh ditahan tipu permit kerja warga asing

PETALING JAYA : 2 lelaki warga Bangladesh ditahan kerana terlibat dengan kegiatan mengedar serta menjual permit disyaki palsu kepada warganegara asing dengan menawarkan harga yang lebih murah dan cepat.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim dalam kenyataan berkata, kedua-dua suspek ditangkap dalam serbuan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Shah Alam dan Balai Polis Sri Muda di Kampung Baru Hicom pada Selasa lalu.

”Pihak polis telah berjaya merampas beberapa peralatan  iaitu sebuah laptop, sebuah mesin cetak, 3 buah passport, 10 keping pas lawatan kerja sementara dan 4 buah telefon bimbit yang digunakan untuk tujuan mengeluarkan permit kerja yang dipercayai palsu” katanya.

Siasatan lanjut mendapati suspek bekerja sebagai Cleaner Service di Glenmarie Shah Alam.

Susulan tangkapan itu, polis malam semalam menahan seorang lagi lelaki warga sama .

Bersamanya turut dirampas 1 telefon bimbit yang dipercayai digunakan untuk kegiatan itu.

Siasatan  dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Loading...
Terkini