comscore
Tumpuan :
Jenayah

3 Penguat Kuasa MAQIS Johor Direman 5 Hari.

Tiga pegawai penguat kuasa Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan (MAQIS) Johor direman lima hari bermula hari ini hingga 23 Januari.

Ia bagi membantu siasatan kerana disyaki terbabit menerima rasuah berhubung isu kartel daging sejuk beku yang tidak dibenarkan oleh Jabatan Veterinar.

Perintah reman dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Johor Bahru, Nur Fathiah Mohd Fedzir selepas menerima permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

Semua suspek bertugas di pejabat MAQIS negeri Johor masing-masing berumur, 40, 44 dan 55 tahun dibawa ke Mahkamah Johor Bahru pagi tadi.

Mereka ditahan di Pejabat SPRM Johor 7 petang semalam bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

SPRM sebelum ini memaklumkan siasatan kes kartel daging sejuk beku masih dijalankan.

Hingga kini lapan suspek sudah ditahan sejak 4 Januari lalu untuk membantu siasatan, manakala 27 saksi turut dipanggil memberi keterangan termasuk pekerja syarikat, ejen pengimport serta pegawai kerajaan.

Loading...
Terkini