comscore
Tumpuan :
Jenayah

3 ulat tiket tempat letak kereta ditahan

Antara uat tiket tempat letak kereta yang ditahan penguatkuasa DBKL dalam Operasi Tindakan Khas Jaga. Foto NSTP/ ihsan DBKL

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menahan tiga ulat tiket tempat letak kereta di sekitar ibu kota menerusi Operasi Tindakan Khas Jaga.

DBKL dalam satu kenyataan hari ini berkata, tindakan itu dilakukan Jabatan Penguatkuasaan dan ketiga-tiga orang kena tahan (OKT) itu didakwa dan dijatuhkan hukuman di mahkamah DBKL pada pagi ini.

“Pihak DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenal pasti,” katanya

Operasi Tindakan Khas Jaga dilaksanakan DBKL sejak tahun lalu antara lain bagi menyekat kegiatan ulat parkir atau penjaga parkir haram sekitar pusat bandar.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini