comscore
Tumpuan :
Jenayah

31 nelayan asing tumpas selepas lebih dua jam dikejar APMM

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Kelantan, Kepten Syed Nor Adli Syed Ab Rahman (kanan) menunjukkan nombor pendaftaran palsu dua bot nelayan asing Vietnam yang ditahan dalam dua serbuan berasingan pada jarak 64 batu nautika dari Muara Tok Bali di Jeti Maritim Malaysia Kelantan di Tok Bali. – Foto NSTP

PASIR PUTEH: Cubaan 31 nelayan Vietnam melarikan diri ke sempadan perairan selepas empat bot mereka dikejar lebih dua jam gagal apabila ditahan menerusi dua serbuan berasingan.

Serbuan dilakukan pegawai dan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menerusi Op Naga Barat, Op Kuda Laut dan Op Damai.

Pengarah APMM Kelantan, Kepten Syed Nor Adli Syed Abdul Rahman, berkata serbuan pertama dilakukan Isnin lalu ketika bot ronda mereka melakukan rondaan mendapati dua bot nelayan asing dipercayai dari Vietnam dikesan jam 3.45 petang Isnin lalu.

“Kalau kita tengok hasil tu tak berapa banyak jadi especially yang dua buah yang kemudian tu yang kita tangkap sebab MO dia kita tengok berubah-ubah dia mungkin hasil tu dia dapat dia segerakan untuk transfer dia transfer dia dah baca pergerakan kalau dulu kita tengok hasil agak banyak lah.” kata Kepten Syed Nor Adli.

Kedua-dua bot berkenaan kemudian ditahan dan pemeriksaan mendapati bot pertama dikendalikan lima kru termasuk tekong, manakala bot kedua dikendalikan dua kru termasuk tekong.

Manakala dua lagi bot ditahan oleh bot KM Jujur pada Rabu lalu hasil maklumat yang disalurkan oleh pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang melakukan rondaan.

Ketika penahanan, keempat-empat bot berkenaan tidak memberikan kerjasama dan cuba melarikan diri ke sempadan perairan sebelum berjaya ditahan.

Kesemua 31 kru yang ditahan berusia 14 hingga 64 tahun dan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Turut dirampas, empat bot termasuk peralatan navigasi, peralatan menangkap ikan dan 1,000 kilogram hasil laut yang dianggarkan bernilai RM4.2 juta.

Kes disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan atau cuba menangkap ikan tanpa kebenaran.

Loading...
Terkini