comscore
Tumpuan :
Jenayah

5 ditahan disyaki terbabit kes samun, pukul pekerja bengkel 

 

Foto hiasan

BALIK PULAU:  Lima individu termasuk pasangan suami isteri ditahan kerana disyaki terlibat dalam kejadian samun dan pukul di sebuah bengkel di Teluk Kumbar di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Kamarul Rizal Jenal berkata, kesemua suspek berumur antara 23 hingga 55 tahun itu ditahan di sebuah rumah di sekitar Taman Nelayan, selain merampas empat telefon bimbit pelbagai jenama selepas pemilik bengkel terbabit membuat laporan di Balai Polis Teluk Kumbar.

“Berdasarkan laporan, ketika kejadian pengadu (pemilik bengkel) bersama dua pekerjanya berada di bengkel telah didatangi enam lelaki sebelum seorang daripadanya bertindak menampar dan memukul pekerja pengadu menggunakan besi sehingga mengakibatkan kecederaan pada kepala, keting kanan serta luka pada bahagian belakang.

“Suspek dikatakan berang kerana seorang daripada pekerja pengadu sering ke rumah hanya ingin memberitahu motosikal suspek telah siap dipasang,” katanya di sini malam ini.

Kamarul berkata pengadu mendakwa turut dipukul ketika cuba meleraikan pergaduhan sehingga mengakibatkan luka di sebelah kiri kening, kepala dan rusuk kiri, selain suspek turut mengambil gelang perak milik pengadu serta rantai emas milik pekerjanya.

Kesemua suspek ditahan reman selama lima hari hingga Jumaat ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.- BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini