comscore
Tumpuan :
Jenayah

70 individu termasuk 52 warga asing ditahan positif dadah

FOTO: PDRM

Oleh: Zahir Senapiah

JOHOR BAHRU: Polis menahan 70 individu dalam operasi khas di dua pusat hiburan sekitar bandaraya Johor Bahru (MBJB), awal pagi semalam.

52 daripadanya, iaitu 36 lelaki dan 16 wanita adalah warga asing, manakala baki warga tempatan.

FOTO: PDRM

Semua yang ditahan positif dadah methamphetamine, ketamin dan Tetrahydrocnnabinol (THC) selepas menjalani saringan awal air kencing.

Ketua Polis Johor, Komisioner M.Kumar berkata, operasi khas berkenaan disertai 5 pegawai dan 30 anggota daripada  Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor.

FOTO: PDRM

Semua yang ditahan berumur 16 hingga 50 tahun termasuk dua individu bawah umur.

Turut ditahan dua individu yang bertugas sebagai juruwang di pusat hiburan berkenaan.

FOTO: PDRM

“Hasil siasatan mendapati sebuah pusat hiburan terbabit beroperasi tanpa lesen, manakala sebuah lagi mempunyai lesen namun beroperasi melebihi masa yang yang ditetapkan” katanya dalam satu kenyataan.

FOTO: PDRM

Turut disita pelbagai peralatan audio dan wang tunai berjumlah RM5,224.

FOTO: PDRM

Kes disiasat dibawah seksyen 15(1)(a) Akta dadah merbahaya 1952, seksyen 6(2) dan seksyen 11(2) enekmen hiburan dan tempat-tempat hiburan negeri Johor (ENJ) 4/98.

kuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini