comscore
Tumpuan :
Jenayah

9 Anggota Polis Disiasat Kes Peras Ugut Ditukar Bertugas di Sabah, Sarawak

PETALING JAYA : Sembilan anggota polis yang sebelum ini disiasat selepas dipercayai terlibat kes pemerasan seorang ahli perniagaan di Gombak, Selangor mengenai pemilikan dadah telah ditempatkan bertugas di beberapa balai polis dan bahagian di Sabah dan Sarawak.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi dalam  dalam sesi wawancara khas bersama Sinar Harian pada Selasa berkata, siasatan berkaitan kesemua anggota terdiri daripada konstabel hingga sub inspektor masih dijalankan secara terperinci.

Media sebelum ini melaporkan sembilan anggota polis disiasat selepas dipercayai terlibat kes pemerasan seorang ahli perniagaan di Gombak, Selangor mengenai pemilikan dadah.

Anggota yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, pada Jumaat.

Kesemua anggota berpangkat konstabel hingga sub inspektor itu disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan selepas pihaknya menerima laporan daripada pengadu pada 26 Julai lalu

Loading...
Terkini