comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] 9 individu didenda RM2,000 terlibat pergaduhan

PASIR GUDANG: Sembilan daripada 11 individu yang terlibat dalam pergaduhan di kawasan perumahan Taman Cendana, Pasir Gudang, Johor telah didakwa di mahkamah.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, kesemua sembilan individu berkenaan dituduh di Mahkamah Majistret Johor Bahru dan didenda RM2,000.

 

Beliau berkata, suspek yang ditangkap terdiri daripada sepuluh lelaki warga tempatan berumur lingkungan 17 tahun hingga 53 tahun serta seorang perempuan warga tempatan lingkungan umur 39 tahun.

Hasil siasatan mendapati pergaduhan berpunca daripada beberapa suspek yang ditangkap membuat bising setelah mengambil minuman keras.

Semakan mendapati enam daripada suspek yang ditangkap mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan 13 rekod jenayah serta tiga rekod jenayah dadah.

Seorang daripada tangkapan juga mempunyai dua rekod dikehendaki polis melibatkan kes dadah.

Siasatan kes ini dijalankan di bawah seksyen 148 kanun keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 5 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, pihak polis telah mengesan satu video tular berdurasi 1 minit 31 saat melalui akaun twitter Jabatan Netizen Malaysia yang memaparkan beberapa individu sedang bergaduh di kawasan perumahan tersebut dan mengesahkan telah menerima maklumat kejadian pada jam 11.05 malam bertarikh 19 Mac.

Loading...
Terkini