comscore
Tumpuan :
Jenayah

Akauntan diragut dua lelaki bersenjata pisau

KUALA LUMPUR: Akauntan berdepan detik cemas apabila diragut dua lelaki bersenjata pisau dekat stesen transit aliran ringan (LRT) Sri Rampai di Wangsa Maju di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah berkata, polis menerima laporan dibuat wanita berusia 25 tahun itu.

“Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 7 pagi ketika mangsa sedang berjalan seorang diri dari Stesen LRT Sri Rampai ke persimpangan Desa Putra sebelum dihampiri dua lelaki menaiki motosikal.

“Suspek bersenjatakan pisau meragut beg mangsa yang mengandungi komputer riba dan telefon bimbit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian termasuk akan merakam keterangan mangsa pada petang ini.

Kejadian itu tular di Twitter selepas wanita terbabit berkongsi detik cemasnya diragut ketika berjalan ke tempat kerja berikutan perkhidmatan LRT tergendala.

Media sebelum ini melaporkan, perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya mengalami gangguan menyebabkan perkhidmatan dihentikan. – HARIAN METRO

Loading...
Terkini