comscore
Tumpuan :
Jenayah

Aktiviti seleweng minyak masak paket tumpas, 3 warga Myanmar ditahan

Pengarah KPDN Pulau Pinang, S Jegan (kanan) memeriksa minyak masak paket satu kilogram yang paketnya dipotong dan diisi ke dalam tangki IBC untuk dijual semula.-FOTO: NSTP

BUKIT MERTAJAM: Beli minyak masak paket satu kilogram (kg) daripada peruncit dan pemborong kemudian gunting dan isi ke dalam tangki IBC sebelum dijual kepada individu yang menjalankan perniagaaan berskala besar.

Itu modus operandi yang dikesan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang ketika membuat serbuan di sebuah stor haram di Permatang Pauh, di sini jam 12.11 tengahari tadi.

Dalam serbuan itu, terdapat tiga warga Myanmar terdiri daripada seorang lelaki dan dua wanita berusia lingkungan 30-an yang sedang menggunting paket minyak masak untuk diisi ke dalam tangki IBC.

Pengarah KPDN negeri S Jegan, berkata serbuan itu dilaksanakan susulan risikan yang dijalankan pihaknya sejak satu bulan lalu.

“Pemeriksaan yang dijalankan ke atas setor berkenaan menemui kira-kira 2,000 kilogram (kg) minyak masak yang mana 720 kg telah dipotong paketnya dan dimasukkan dalam tangki IBC manakala bakinya iaitu 1,280kg masih di dalam paket sedia bungkus.

“Berdasarkan siasatan awal, minyak masak ini dibeli daripada peruncit serta pemborong sekitar yang kemudian dikumpulkan di setor ini sebelum paketnya dipotong dan diisi ke dalam tangki IBC.

“Minyak masak itu kemudian disyaki dijual kepada pihak ‘big level’ membabitkan perniagaan berskala besar seperti restoran dan tidak mustahil untuk kegunaan industri,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Jelasnya, pihaknya menahan tiga pekerja warga Myanmar itu untuk membantu siasatan dan kesemua minyak masak yang ditemui turut disita bagi tindakan lanjut.

Mengulas lanjut, Jegan berkata, setor haram terbabit dipercayai telah beroperasi sejak tiga bulan lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini