comscore
Tumpuan :
Jenayah

Anggota bomba terlibat penyeludupan ketum berisiko dibuang kerja

KOTA BHARU: Anggota bomba yang terbabit dengan kes penyeludupan ketum berhadapan dengan risiko dibuang kerja susulan tindakanya yang menyalahi etika Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Pengarah JBPM Kelantan, Jainal@Zainal Madasin, mengulas penahanan dua lelaki termasuk seorang anggota bomba membawa muatan 850 kilogram (kg) daun ketum bernilai RM8,500 menggunakan van yang diubah suai menyerupai kenderaan JBPM, Khamis lalu.

Zainal berkata anggota terbabit juga dimaklumkan mempunyai masalah disiplin sepanjang bertugas dan pernah dikenakan tindakan tatatertib.

“Susulan daripada kes itu, pihaknya akan mempertingkat lagi pelaksanaan pemutihan kepada seluruh anggota dan pegawai bagi mengenal pasti golongan yang terbabit dengan kegiatan negatig berkenaan.

“Sebelum ini, pihak kami melakukan pemutihan dengan membuat saringan ujian air kencingsebulan sekali selain mengenal pasti rekod disiplin setiap anggota agar sentiasa dalam keadaan baik sebagai seorang penjawat awam,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat JBPM Tunjong, hari ini.

Zainal berkata, kes itu sedikit sebanyak menjejaskan imej JBPM, namun pihaknya akan terus komited menjalankan tugas kemasyarakatan dengan baik dan cemerlang.

Setiap anggota juga sentiasa diingatkan untuk menjaga integriti JBPM.

Loading...
Terkini