comscore
Tumpuan :
Jenayah

Anggota penguat kuasa terima rasuah RM10,000 ditahan reman SPRM

KOTA BHARU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan menahan reman seorang anggota penguat kuasa kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM10,000 sebagai sogokan tidak mengambil tindakan terhadap suspek atas kesalahan membawa dan memiliki ketum seberat 280 kg.

Perintah reman selama lima hari bermula hari ini hingga 9 September 2023 dikeluarkan oleh Majistret Rais Imran Hamid terhadap suspek selepas pihak SPRM membuat permohonan tersebut di Mahkamah Majistret 3, Kota Bharu pagi tadi.

Menurut sumber, suspek adalah lelaki berusia dalam lingkungan 20an itu telah ditahan semalam, kira-kira jam 11.30 malam di pejabat SPRM Kelantan ketika hadir memberi keterangan.

Katanya, suspek dipercayai menerima wang sogokan berjumlah kira-kira RM10,000 secara tunai pada 7 Mei 2023 di Jeli, Kelantan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan, Rosli Husain ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

Loading...
Terkini