comscore
Tumpuan :
Jenayah

Anggota PGA Dan Tiga Orang Awam Didakwa Kerana Merompak

Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan dua orang awam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas tuduhan melakukan rompakan berkumpulan dan menyebabkan kecederaan ke atas seorang lelaki pada akhir tahun lepas.

Ketiga-tiga tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim V. Mabel Sheela.

Konstabel Haikal Fikri Anuar, 27, yang bertugas di PGA Simpang Renggam bersama Razif Razali, 29, dan Muhammad Syukurilah Roszailah, 19, didakwa bersama seorang wanita berumur 19 tahun melakukan perbuatan berkenaan di Medini Iskandar, Iskandar Puteri, jam 1.20 pagi pada 25 Disember tahun lalu.

Bagaimanapun wanita berkenaan gagal hadir ke Mahkamah.

Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 34 kanun sama.

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebatan.

Mahkamah membenarkan ketiga-tiga suspek diikat jamin RM5,000 dengan dua penjamin setiap tertuduh sementara menanti kes disebut semula 24 Febuari depan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Sulehan Abd Rahman.

Haikal Fikri yang diwakili peguam, Jihad Syahida Nadia manakala dua lagi tetuduh tidak diwakli peguam.

Mahkmah mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang lagi tertuduh wanita yang gagal hadir ke mahkamah.

Loading...
Terkini