comscore
Tumpuan :
Jenayah

JENAYAH SEMPADAN | Anggota PGA Terkorban Diserang Kumpulan Penyeludup

Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) terkorban dalam kejadian berbalas tembakan dengan kumpulan penyeludup di tembok sempadan Malaysia-Thailand dekat Padang Besar, Perlis.

Siasatan awal mendapati dua anggota PGA sedang melakukan risikan sebelum diserang oleh dua kumpulan disyaki menjalankan jenayah penyeludupan di kawasan terbabit.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin melalui satu kenyataan memaklumkan, anggota PGA yang terkorban adalah Koperal Baharuddin Ramli, manakala seorang lagi anggota PGA, Koperal Norihan A/L Tari, mengalami kecederaan parah dan sedang dirawat di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diarahkan untuk menjalankan siasatan yang menyeluruh bagi mengenal pasti kumpulan penjenayah terbabit.

Loading...
Terkini