comscore
Tumpuan :
Jenayah

Anggota polis dicekup miliki dadah 

Foto hiasan

KUALA TERENGGANU: Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal ditahan kerana disyaki memiliki dadah, hari ini.

Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata, suspek ditahan di dalam sebuah kereta oleh pegawai dan anggota cawangan risikan dan operasi Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, jam 12.45 tengah malam.

Menurutnya, hasil pemeriksaan menemui pil yaba, syabu dan heroin bernilai RM8,600.

Katanya, ujian saringan air kencing mendapati anggota terbabit negatif penggunaan dadah dan suspek direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

“Kami memandang serius pembabitan salah guna dadah dan jenayah dalam kalangan anggota serta pegawai polis di negeri ini.

“Kami akan terus komited dalam menjalankan siasatan dengan adil dan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang sedia ada agar jenayah seperti ini dapat dihadapkan ke muka pengadilan,” katanya.

Menurutnya, siasatan dijalankan oleh narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini