comscore
Tumpuan :
Jenayah

APMM gagalkan cubaan seludup masuk 312 bungkus benih udang hidup

FOTO: APMM

Oleh: Kumaran Rajamoney

ALOR SETAR: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Kedah menggagalkan cubaan menyeludup masuk 312 bungkusan plastik, disyaki mengandungi benih udang hidup dari Thailand, di sebuah jeti persendirian Kampung Kuala Sanglang, Sanglang Kedah pada jam 3.00 pagi tadi.

Pengarah Maritim Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, hasil maklumat risikan telah mengesan aktiviti pemunggahan bungkusan plastik yang mencurigakan di jeti berkenaan.

“Berikutan itu, bot ronda Maritim Malaysia, PERKASA 1224 yang sedang melaksanakan rondaan pemantauan Op Aman telah diarahkan ke lokasi sasaran untuk melakukan serbuan.”

“Setibanya di lokasi, pihak Maritim Malaysia mendapati jeti terbabit telah kosong dan terdapat 312 bungkusan plastik disyaki mengandungi benih udang hidup telah ditinggalkan,” katanya dalam satu kenyataan.

FOTO: APMM

Benih udang hidup berkenaan dipercayai cuba diseludup masuk dari negara Thailand ke Malaysia.

Semua bungkusan plastik berkenaan yang dianggarkan bernilai lebih RM31,000 dirampas dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk tindakan lanjut.

Kes akan disiasat di bawah seksyen 40 (1)(a) Akta Perikanan 1985 kerana mengimport ke dalam atau mengeksport ke luar Malaysia, ikan hidup tanpa permit atau dengan melanggar apa-apa syarat dalam permit.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini