comscore
Tumpuan :
Jenayah

APMM tahan enam pendatang asing kendali bot nelayan tempatan

FOTO: Ihsan APMM

GEORGE TOWN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan enam pendatang asing yang mengendalikan bot nelayan tempatan di kedudukan 42 batu nautika barat Pulau Kendi, dekat sini semalam.

Pengarahnya Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata bot nelayan kelas C itu dikesan pada 12 tengah hari oleh anggota APMM yang melakukan rondaan di perairan itu.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot yang berpangkalan di Hutan Melintang, Perak itu dikendalikan lima lelaki warga Myanmar dan seorang tekong warga Thailand kesemuanya berusia antara 23 hingga 54 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mereka ditahan kerana melakukan kesalahan mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 iaitu tiada permit menggajikan warga asing daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia dan tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan diri yang sah.

Katanya kesemua lelaki dan bot termasuk hasil laut sebanyak 500 kilogram dibawa ke Jeti Limbongan Batu Maung untuk siasatan lanjut. – BERNAMA

Loading...
Terkini