comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Bakar kereta polis: Suspek sudah ditahan

 

PETALING JAYA: Polis mengesahkan menahan seorang lelaki yang juga pekerja p-hailing selepas didapati membakar kereta polis bantuan di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Mutiara Damansara, di sini, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 1.52 pagi tadi.

“Susulan laporan itu, polis menahan lelaki berusia 26 tahun yang dipercayai terbabit dalam kes berkenaan di rumahnya di Flora Damansara, di sini, kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

Mohd Fakhrudin berkata, polis turut merampas beberapa barangan dipercayai digunakan suspek dalam kes berkenaan.

Menurutnya, siasatan awal dilakukan mendapati suspek juga ada melakukan vandalisme dengan menconteng dinding hentian bas.

“Motif kejadian masih dalam siasatan dan ia disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini