comscore
Tumpuan :
Jenayah

Baling batu ke kenderaan ADUN, polis tahan mekanik motosikal

AY Ling menunjukkan cermin MPV yang pecah. (Foto Aizat Sharif)

KANGAR: Kes khianat membabitkan kerosakan cermin hadapan kenderaan pelbagai guna (MPV) milik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Indera Kayangan, Gan Ay Ling, berjaya diselesaikan polis dalam tempoh kurang 24 jam.

Ia susulan kejayaan polis menahan seorang mekanik motosikal di Kangar, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, lelaki berusia 36 tahun yang berasal dari Sabak Bernam, Selangor itu ditahan kira-kira 4 petang di sini.

“Kita berjaya menahan suspek di tempat kerjanya di bengkel motosikal di mana suspek bertugas sebagai mekanik.

“Suspek mengakui bahawa dia yang melakukan kejadian itu namun motif mengapa suspek melakukan tindakan berkenaan masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, polis turut merampas seketul bata berwarna merah yang dipercayai digunakan dalam kejadian berkenaan.

“Suspek akan direman esok bagi membantu siasatan,” katanya.

Terdahulu, cermin MPV milik Ay Ling pecah selepas dibaling batu di kediamannya di Kangar awal pagi tadi.’

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini