comscore
Tumpuan :
Jenayah

Banduan ditahan selepas 6 hari lari dari penjara

Foto hiasan

JASIN: Banduan lelaki yang melarikan diri dari Pusat Koreksional Jasin, Jabatan Penjara Malaysia, Lipat Kajang di sini, sejak enam hari lalu, ditahan polis di kawasan Alor Gajah, malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jasin Asisten Superintendan Mohd Fadzli Othman berkata, lelaki berusia 44 tahun itu ditahan kira-kira 9 malam oleh sepasukan polis.

“Banduan terbabit akan dibawa ke Mahkamah Majistret Jasin, hari ini, proses permohonan reman.

“Siasatan masih lagi diteruskan bagi melengkapkan kertas siasatan,” katanya.

Ujarnya, banduan berkenaan sedang menjalani Program Reintegrasi Penghuni kerana terbabit dalam kes samun.

Media sebelum ini melaporkan, banduan itu dilaporkan meloloskan diri Pusat Koreksional Jasin, Jabatan Penjara Malaysia, Lipat Kajang, di sini, pada 24 Januari.

Loading...
Terkini