comscore
Tumpuan :
Jenayah

Bapa dan teman wanita ditahan bantu siasatan kes penderaan kanak-kanak

Foto: NSTP

JOHOR BAHRU: Susulan laporan yang diterima, Polis menahan lelaki berusia 37 tahun dan teman wanitanya bagi membantu siasatan kes penderaan kanak-kanak berusia tujuh tahun.

Menurut Ketua Polis Daerah IPD Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin, pengadu seorang wanita yang membuat laporan pada Jumaat lalu, memaklumkan seorang kanak-kanak berada dalam bilik air dalam keadaan kurus serta tidak bermaya.

Katanya,  pengadu juga menghubungi pihak polis untuk mendapatkan bantuan.

“Pihak polis membawa balik kanak-kanak itu ke balai polis dan pengadu turut membuat laporan polis.

“Suspek iaitu bapa dan teman wanitanya berusia 39 tahun kemudiannya  ditahan serta direman mulai 13 Oktober hingga 18 Oktober,” katanya.

Rahmat berkata, hasil siasatan awal mendapati kanak-kanak berkenaan tidak bersekolah dan tinggal bersama bapa kandungnya serta teman wanita bapanya.

“Terdapat kesan dipukul pada tubuh mangsa dan juga kesan pukul lama,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak 2001.

Loading...
Terkini