comscore
Tumpuan :
Jenayah

Barang kemas, kereta tokan dadah dilelong 

Foto hiasan

SEREMBAN: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Negeri Sembilan, di sini, melelong barang kemas dan kereta milik tokan dadah yang dirampas dan disita dalam kes pengedaran dadah di negeri ini, semalam.

Dalam satu kenyataan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffar Mohd Yussof berkata, aset yang dilupuskan secara lelongan ini adalah mengikut Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988, selepas selesai perbicaraan dan diperintahkan oleh mahkamah untuk dilucutkan hak kepada Kerajaan Malaysia.

“Ia membabitkan 50 barang kemas pelbagai bentuk, empat jam tangan dan tujuh kenderaan dengan nilai simpanan RM57,175.

“Hasil lelongan ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya memperoleh RM99,981.50 diserahkan kepada Kerajaan Malaysia.

“Hasil lelongan ini adalah salah satu cara kerajaan mendapati pulangan semula daripada harta pengedaran dadah yang diperoleh secara salah dan tidak sah ini,” katanya.

Katanya, sepanjang Januari hingga Ogos tahun ini, JSJN Negeri Sembilan menahan 5,696 individu bersabit pelbagai kesalahan dadah, serta menyita aset sejumlah lebih kurang RM4 juta.

“Kita tidak pernah berhenti melaksanakan penguatkuasaan terhadap pengedar dadah dan akan terus menyita harta mereka supaya tidak dapat hidup mewah hasil daripada pengedaran dadah.

“Justeru orang ramai boleh menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah melalui hotline JSJN di talian 012-2087222,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini