comscore
Tumpuan :
Jenayah

Bayi Lelaki Dijumpai Di Hadapan Rumah

KUALA LUMPUR: Bayi lelaki dalam keadaan cukup sifat dijumpai di hadapan sebuah rumah di Kg. Sungai Penchala TTDI, pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Basri Saigoni berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung kejadian pada jam 9.15 pagi.

Katanya, bayi berkenaan dijumpai di dalam beg plastik di hadapan sebuah rumah

“Semakan pemilik rumah telah dibuat dan bayi ini dihantar ke Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kuala Lumpur bagi tujuan pemeriksaan kesihatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyembunyikan kelahiran yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan penemuan bayi lelaki ini diminta hadir ke Balai Polis yang berdekatan untuk memberi keterangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Maklumat lain berkaitan jenayah boleh disalurkan kepada Hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan.

Loading...
Terkini