comscore
Tumpuan :
Jenayah

Bekas ketua jabatan syarikat insurans direman SPRM 

KUALA LUMPUR: Seorang bekas ketua jabatan sebuah syarikat insurans ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana meminta dan menerima wang rasuah dianggarkan RM500,000.

Wang itu adalah daripada pembekal perkhidmatan latihan dan perundingan untuk syarikat berkenaan sebagai balasan mengesyorkan pemberian kontrak kepada tiga syarikat.

Menurut sumber, suspek wanita berusia sekitar 30-an ditahan jam 7.20 malam semalam ketika hadir bagi dirakamkan keterangan di Pejabat SPRM Kuala Lumpur.

Susulan penahanan itu, suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pagi tadi dan perintah reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 16 Januari 2024 terhadap suspek dikeluarkan oleh Majistret Atiqah Mohamed.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Fauzi Husin ketika dihubungi mengesahkan penahanan terhadap suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009.

Loading...
Terkini