KUALA LUMPUR: Polis menahan bekas pembantu penyelidik seorang ahli politik selepas menemui dua pucuk pistol dipercayai tiruan dan satu ketulan mampat disyaki dadah jenis ganja, di dalam kenderaan dinaiki suspek di Jalan Bukit Kiara, di sini, Jumaat lepas.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa yang mengesahkan penahanan itu berkata kes disiasat mengikut Seksyen 36 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Permohonan reman ke atas suspek dibenarkan selama enam hari bermula Sabtu lepas dan dijangka akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur esok,” katanya dalam satu kenyataan ringkas di sini hari ini.- BERNAMA
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.