comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Bekas suami penyanyi dangdut belasah wanita dipercayai isteri baru

 

KAJANG : Bekas suami penyanyi dangdut popular bertindak kejam apabila membelasah seorang wanita dipercayai isteri baharunya.

Kejadian itu dirakam seorang individu sebelum dimuat naik di media sosial sehingga tular semalam.

Video berdurasi satu minit tujuh saat itu memaparkan lelaki berambut panjang menarik tudung wanita berkenaan sebelum mangsa di heret dan ditendang berkali-kali di muka serta badan.

Rakaman juga menunjukkan kanak-kanak perempuan menangis sambil mengangkat tangan sebagai tanda memohon maaf kepada individu berkenaan.

Foto tangkap layar video tular lelaki didakwa bekas suami penyanyi dangut yang memukul wanita dipercayai isteri barunya.

Sementara itu, individu yang memuat naik video berkenaan berkata, laporan polis sudah dibuat dan mangsa kini mengalami trauma.

“Dia (mangsa) dengan anak akan dikurung di rumah, jika tersilap akan dipukul. Saya yang muat naik video itu.

“Wanita bertudung yang dalam video itu adalah orang gaji yang turut di bantai (pukul) lelaki terbabit,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan ketika dihubungi hari ini, mengesahkan kejadian.

“Kami sudah terima laporan dan sudah membuka kertas siasatan. Tindakan lanjut sedang diambil,” katanya. – HARIAN METRO

Loading...
Terkini