comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Berang ditegur buat bising, anak tetak ibu sampai mati

MUAR: Hanya kerana ditegur buat bising, seorang anak sanggup menetak leher dan kepala ibunya beberapa kali menggunakan kapak hingga maut di rumahnya di Taman Temiang Utama, di sini, semalam.Dalam kejadian jam 8 malam itu, mangsa, 73, ditemui berlumuran darah di ruang tamu rumah.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata, sebelum kejadian, ibunya dikatakan menegur suspek, 47. kerana membuat bising.

Suspek tetak ibu hingga mati dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Muar. – FOTO NSTP

“Mangsa terbunuh di tempat kejadian iaitu di rumah mereka selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta leher.

“Kejadian berlaku dipercayai akibat tindakan mangsa menegur anaknya itu kerana membuat bising yang menyebabkannya mengamuk dan memukul kepala mangsa dengan menggunakan senjata tajam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata suspek yang mempunyai rekod psikiatri lampau, ditahan sejurus pihak polis tiba di lokasi kejadian.

Turut dirampas sebilah pisau dapur dan kapak yang disyaki digunakan suspek dalam kejadian itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan .

Mayat warga emas itu dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar untuk bedah siasat.

Polis menasihati orang ramai agar peka serta melakukan pemantauan rapi terhadap mana-mana individu yang mengalami masalah psikiatri  supaya tidak mendatangkan bahaya kepada nyawa, harta, individu lain, ahli keluarga serta keselamatan awam.

 

Loading...
Terkini