comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Bergaduh rebut pelanggan kereta tunda, 9 individu ditahan

 

Oleh Baharuddin Mohamed

MELAKA: Polis menahan sembilan pekerja trak tunda yang digelar ‘Longkai’ selepas terbabit dalam pergaduhan berkumpulan di hadapan sebuah stesen minyak di Batu Berendam, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kesemua sembilan lelaki terbabit yang berusia 20 hingga 64 tahun itu ditahan selepas pihaknya menerima aduan pada jam 7.30 malam.

Kata beliau, kejadian dipercayai berpunca daripada pertelingkahan dua kumpulan trak tunda yang berebut pelanggan di hadapan sebuah stesyen minyak di Jalan Dato’ Haji Mohd Zain.

Foto: Ihsan PDRM
Foto: Ihsan PDRM

Katanya, selepas menerima maklumat, sepasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah bergegas ke tempat kejadian.

“Sepasukan polis dari cawangan D7 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Melaka Tengah, ke lokasi kejadian sebelum menahan semua suspek.

“Hasil siasatan dijalankan mendapati kesemua lelaki berusia 20 hingga 64 tahun itu mengaku terlibat dalam kes gaduh gempar itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Foto: Ihsan PDRM

Menurut Christopher, siasatan awal mendapati pergaduhan tersebut berpunca daripada perebutan pelanggan.

Kesemua suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Sabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Kejadian pergaduhan itu turut tular di laman sosial Facebook.

Loading...
Terkini