comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Bertengkar dengan pekerja, wanita maut ditikam

IPOH: Seorang wanita maut akibat ditikam dengan senjata tajam, selepas bertengkar dengan pekerjanya di sebuah kedai di Taman Rasi Jaya dekat Menglembu, di sini, pagi tadi.

Difahamkan, dalam kejadian 10.30 pagi tadi, warga tempatan dikenali sebagai Lee Siew Lean, 40, meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala dua lelaki termasuk teman lelaki wanita itu cedera.

Menurut sumber, pergaduhan tercetus antara mangsa yang maut dengan lelaki berusia lingkungan 50-an yang juga pekerja di premis berkenaan, berhubung hal kewangan kedai terbabit.

Katanya, dua mangsa yang cedera difahamkan ialah lelaki berusia 42 tahun yang juga teman lelaki dan rakan kongsi mangsa, selain seorang lagi pekerja kedai itu.

Pertengkaran dikatakan tercetus apabila suspek berang terhadap mangsa, teman lelaki mangsa dan rakan sekerja, sebelum bertindak menyerang mereka menggunakan senjata tajam.

Suspek yang turut mengalami kecederaan di telinga bagaimanapun sudah ditahan bagi membantu siasatan.

Tinjauan di lokasi mendapati orang ramai mengerumuni kedai terbabit yang dikawal polis sebelum kelihatan mayat mangsa diusung keluar oleh anggota polis.

Turut kelihatan di lokasi, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan.

Polis dijangka mengeluarkan kenyataan berhubung kes itu nanti.

Loading...
Terkini