comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] `Bookie’ judi dicekup bersama dadah RM3.45 juta

 

IPOH: Polis merampas 96 kilogram dadah disyaki syabu dianggar bernilai RM3.45 juta selepas menahan seorang lelaki di sini, rabu lalu.

Suspek, 37 tahun yang juga seorang ‘bookie’ judi, ditahan di rumah sewanya di Jalan Medan Ipoh jam 1.40 petang.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, ia antara kejayaan Op Tapis khas diadakan serentak di seluruh negeri itu sejak selasa lalu.

Penahanan lelaki warga tempatan itu dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Perak.

Pemeriksaan lanjut menemui 95 bungkusan plastik berisi dadah jenis syabu.

”Ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas suspek adalah negative dan saspek mempunyai satu rekod kesalahan lampau bersabit kesalahan dadah. Dadah yang dirampas disyaki untuk diedarkan di kawasan Ipoh dan Lembah Klang” katanya.

Suspek direman tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Loading...
Terkini