comscore
Tumpuan :
Jenayah

Budak Mangsa Dera Pernah Diikat Di Beranda Rumah

KUALA LUMPUR: Kanak-kanak lelaki yang menjadi mangsa dera ibu saudara dan suaminya di Taman Cahaya, Ampang Jaya, pernah diikat di beranda rumah, dua minggu lalu.

Mangsa berusia lapan tahun dan adik perempuannya berusia enam tahun didapati pelbagai kesan lebam pada badan akibat didera sejak beberapa bulan lalu.

Beberapa penduduk kondominium itu berkata, kanak-kanak berkenaan tidak dibenarkan untuk bermain dengan kanak-kanak lain.

Seorang penduduk tingkat bawah, blok sama dengan mangsa, yang hanya mahu dikenali sebagai Lee, berkata dia tidak pernah melihat mangsa sehingga dimaklumkan tentang cubaan kanak-kanak itu untuk melarikan diri melalui tingkap bilik di tingkat 4, semalam.

“Sebelum ini saya beberapa kali pernah memaklumkan mendengar suara kanak-kanak ini menjerit akibat tidak tahan dipukul dari tingkat atas.

“Saya pernah menceritakan pada penduduk lain tentang kejadian itu tetapi kami tidak dapat mengesan dari mana bunyi jeritan kanak-kanak berkenaan,” katanya hari ini.

Lee berkata, selepas mangsa diikat pada beranda dua minggu lalu, beliau dapat mengecam rumah berkenaan.

“Kebanyakan penduduk di sini tidak mengenali pasangan suami isteri itu kerana mereka tidak bercampur dengan penduduk lain. -BERITA HARIAN

Loading...
Terkini