comscore
Tumpuan :
Jenayah

Bunuh pekerja kontrak: 3 lelaki warga Myanmar direman 7 hari

SUNGAI PETANI: Polis menahan tiga lelaki Myanmar membantu siasatan berhubung kematian seorang pekerja kontrak yang dibunuh dengan kesan tikaman dan tetakan di sebuah taman perumahan di Bandar Puteri Jaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, ketiga-tiga lelaki terbabit berusia lingkungan 30-an dan ditahan di sekitar kawasan projek perumahan itu pagi dan tengah hari, semalam.

Beliau berkata, setakat ini siasatan masih dilakukan untuk mengetahui punca kejadian berlaku dan kaitan tiga suspek itu dengan mangsa.

“Mereka direman tujuh hari bermula hari ini sehingga 29 September depan untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, ” katanya ketika dihubungi BH hari ini.

Media semalam melaporkan, seorang pekerja kontrak ditemui maut dengan kesan tikaman dan tetakan di sebuah taman perumahan yang masih dalam pembinaan di Bandar Puteri Jaya di sini, sekitar jam 2 pagi, semalam.

Lelaki berusia 30-an itu mengalami kecederaan parah dan dipercayai meninggal dunia dengan kesan tikaman di bahagian rusuk sebelah kiri selain tetakan di lengan kiri.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini