comscore
Tumpuan :
Jenayah

Bunyi bising ekzos motosikal dipercayai punca dipukul

Foto hiasan

SUNGAI SIPUT: Rasa tidak puas hati susulan bunyi bising ekszos motosikal dipercayai menjadi punca pergaduhan membabitkan sekumpulan remaja di kawasan padang Taman Muhibbah di sini yang video mengenainya tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata  siasatan awal mendapati pergaduhan itu membabitkan enam individu termasuk remaja berusia antara 16 hingga 19 tahun.

Kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan.

Tambah Superintendan Mohd Khaizam, pihaknya turut menerima satu laporan polis berhubung kejadian itu pada kira-kira jam 6.25 petang semalam.

Beberapa orang saksi akan dipanggil bagi membantu siasatan.

Tiada tangkapan dilakukan setakat ini.

Menurut Superintendan Mohd Khaizam, kes akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya sebaik kertas siasatan mengenainya selesai.

Beliau dalam pada itu mengingatkan masyarakat untuk tidak sesekali menularkan maklumat tidak sahih kepada umum serta tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes itu yang kelak dapat mengganggu siasatan.

Berdasarkan video tular berkenaan, mangsa kelihatan sedang ditengking oleh seorang lelaki dipercayai suspek sambil dikelilingi beberapa lelaki lain yang disyaki rakan mangsa, sebelum mangsa kemudiannya dipukul lelaki berkenaan.

Loading...
Terkini