comscore
Tumpuan :
Jenayah

Buruh dituduh edar 16kg ganja

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu berhampiran pagar sempadan Malaysia – Thailand di Kampung Melayu, Padang Besar, Perlis.

Oleh: Kumaran Rajamoney

KANGAR: Seorang buruh dihadapkan ke Mahkamah Majistret, disini, hari ini, atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 16 kilogram, Januari lalu.

Tertuduh, Muhammad Helmiee Azmi, 23, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurshahida Abdul Rahim.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu berhampiran pagar sempadan Malaysia – Thailand di Kampung Melayu, Padang Besar, Perlis.

 

Kesalahan dilakukan pada 7.20 pagi, 24 Januari lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Tengku Ruqayyah Tengku Shahrom.

Majistret tidak menawarkan jaminan dan menetapkan 1 April depan sebagai tarikh sebutan semula.

Dalam kejadian 7.20 pagi, 24 Januari lalu, perbuatan tertuduh, yang ketika itu membawa ganja seberat 16 kilogram yang diletakkan di dalam kotak, terbongkar selepas terserempak dengan polis yang melakukan penugasan Ops Tapis Khas.

Menurut polis, rampasan 16 ketulan mampat ganja itu bernilai RM49,600.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini