comscore
Tumpuan :
Jenayah

Calon DUN Hulu Kinta diugut bayar RM300,000

Foto hiasan

IPOH: Polis menerima satu laporan daripada calon Barisan Nasional (BN) Hulu Kinta, Datuk Mazlan Abd Rahman yang menerima ugutan melalui nombor tidak dikenali.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri dalam satu kenyataan memberitahu mangsa diugut supaya membayar RM300,000.

“Mangsa diugut untuk membayar RM300,000 dan sekiranya gagal berbuat demikian, suspek akan menyebarkan surat layang, risalah dan mesej tular di media sosial bagi memburuk-burukkan mangsa dengan niat menjatuhkan mangsa,”katanya.

Kes ujarnya disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, Mohd Yusri menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan berita yang tidak sahih.

“Dalam usaha mengekang penyebaran khabar angin menggunakan komunikasi elektronik, peruntukan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 boleh dikenakan.

“Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi setahun atau kedua-duanya dan selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan,” katanya.

Beliau turut mengingatkan ahli politik yang berkempen agar tidak sesekali melakukan perbuatan pemerasan dan ugutan terhadap pihak lawan.

Loading...
Terkini