comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] ‘Cuba’ cabul nenek di tempat awam, lelaki pemegang kad UNHCR ditahan

 

 

AMPANG: Cubaan seorang lelaki warga asing yang bertindak melakukan perbuatan cabul terhadap seorang wanita warga emas di tempat awam, mengundang padah apabila dia ditahan kelmarin.

Suspek yang kemudiannya disahkan Pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) melakukan perbuatan tidak bermoral itu secara terang-terangan di Jalan Bunga Tanjung, Ampang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang juga suri rumah berusia 71 tahun pada hari kejadian.

“Suspek yang juga penagih dadah telah ditahan orang awam di lokasi kejadian, selepas mangsa menjerit meminta tolong” katanya dalam satu kenyataan.

“Sepasukan polis dari Balai Pandan Indah membuat tangkapan semula terhadap lelaki pemegang kad UNHCR berusia 23 tahun terbabit.

Ujian air kencing terhadap suspek yang bekerja sebagai tukang sapu itu didapati positif dadah jenis ketamin,” katanya.

Suspek yang mempunyai dua rekod lampau melibatkan kesalahan dadah kemudiannya direman empat hari bagi membantu siasatan.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara mencecah 10 tahun, atau denda, atau dengan sebatan atau dengan mana-mana daripada dua hukuman itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.

Loading...
Terkini