comscore
Tumpuan :
Jenayah

Cuba leraikan pergaduhan ibu bapa, remaja kena terajang, tampar

Foto hiasan

AMPANG: Seorang lelaki ditahan kerana mencederakan anak lelakinya di sebuah rumah di Jalan Dato Abu Samah, Kampung Pasir Hulu, di sini semalam.

Dalam kejadian 1.30 tengah hari itu, remaja lelaki berusia 15 tahun terbabit diterajang ketika cuba meleraikan pertelingkahan ibu bapanya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, suspek yang bekerja sebagai pemotong rumput berusia 48 tahun itu menerajang mangsa di bahagian perut, menarik rambut dan menampar muka.

“Insiden itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan tisu lembut di bahagian perut.

“Sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya menahan suspek sekitar 3 petang semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, semakan mendapati supek mempunyai lapan rekod lampau membabitkan satu kes jenayah dan tujuh kes dadah, manakala ujian air kencing mendapati suspek positif methamphetamin.

“Punca kejadian dipercayai kerana suspek tidak berpuas hati apabila mangsa menggunakan motosikal milik ibunya.

“Suspek direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan,” katanya.

Loading...
Terkini