comscore
Tumpuan :
Jenayah

Lori isi minyak terlalu lama, bongkar seleweng diesel subsidi

 

IPOH: Curiga dengan tindakan sebuah lori mengisi minyak terlalu lama, membongkar kegiatan penyelewengan minyak diesel bersubsidi di sekitar Simpang Pulai dan Gopeng, Perak.

Menurut Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup KPDN Perak, Saifullizan Kamarul Zaman, dalam operasi oleh kira-kira jam 1.30 petang semalam, dua lelaki, disyaki pemandu dan pemilik premis berusia 42 dan 32 tahun ditahan, manakala 7,600 liter disyaki diesel dirampas.

Ujarnya, kejayaan itu hasil intipan anggota penguatkuasa KPDN yang dijalankan selama 2 minggu di kawasan berkenaan.

Dalam operasi semalam, sebuah lori kanvas dikesan dalam keadaan mencurigakan disyaki sedang mengisi minyak selama sejam di sebuah stesen minyak.

“Anggota penguatkuasa mengekori lori berkenaan sebelum menemui sebuah premis pusat pengumpulan minyak disyaki diesel di Taman Perindustrian Tungzen yang turut disyaki beroperasi tanpa lesen yang sah” katanya.

Hasil pemeriksaan lanjut, terdapat 2 tangki berisi minyak disyaki diesel berada di premis berkenaan.

Turut ditemui, 2 buah tangki berisi minyak disyaki diesel berada di atas lori yang ditutupi kanvas.

Selain diesel, KPDN turut menyita 3 buah lori yang disyaki telah diubahsuai pada tangki asal untuk digunakan bagi membeli minyak diesel di stesen-stesen minyak berdekatan.

Nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM102,640.

Siasatan lanjut ke atas pemilik kenderaan, premis dan stesen minyak yang berkaitan akan diteruskan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Loading...
Terkini