comscore
Tumpuan :
Jenayah

Cubaan seludup kali ke-8 tumpas, dua ditahan bersama dadah 38.8 kg bernilai RM1.24 juta

Oleh: Nurul Amalina Zainudin

SEPANG: Dua individu ditahan selepas didapati cuba menyeludup keluar dadah jenis syabu bernilai RM1.24 juta.

Kegiatan suspek yang menyembunyikan dadah seberat 38.85 kilogram di dalam dua bagasi itu dikesan oleh sepasukan polis bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Lapangan Terbang Antarabangsa 2 (KLIA 2).

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan tangkapan dilakukan sekitar jam 4 pagi semalam membabitkan seorang lelaki tempatan di KLIA 2, sebelum menahan seorang lagi lelaki tempatan di sebuah bilik hotel sekitar KLIA.

“Yang kita tangkap ini dianggap ‘transporter’ Miri, Bintulu, Sibu, mereka datang ke Kuala Lumpur dan tinggal di hotel sekitar KLIA, dan mereke terima bekalan untuk dibawa ke Sarawak.

“Bekalan ini kita percaya asal usulnya dari negara di utara, di Lembah Klang dadah ini diedarkan untuk pasaran Sarawak,” katanya dalam sidang media di IPD KLIA, hari ini.

Ujarnya lagi, suspek diberi tiket kapal terbang, penginapan dan juga upah RM2500 setiap kali perjalanan.

Siasatan turut mendapati ini merupakan kali ke-8 suspek menjalankan kegiatan sebagai ‘transporter’ yang dimulakan sejak Mac lalu.

Hasil saringan ujian air kencing mendapati kedua-suspek positif methamphetamine, selain suspek pertama dan suspek kedua masing-masing mempunyai satu dan tiga rekod jenayah.

Kedua-dua suspek yang berusia 34 dan 36 tahun direman selama tujuh hari untuk siasatan kes di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini