comscore
Tumpuan :
Jenayah

‘Datuk’ Dalang Kartel Projek Kerajaan Miliki Harta Jutaan Ringgit

FOTO: SPRM

Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menemui wang tunai RM3.5 juta dalam serbuan di kediaman ketua sindiket kartel projek kerajaan bergelar Datuk.

Selain itu, kenderaan mewah bernilai RM15.7 juta berserta nilai hartanah termasuk banglo, rumah kedai dan pejabat bernilai RM29 juta turut disita.

Menurut sumber, dalam serbuan dilakukan SPRM sejak semalam, 644 akaun individu dan syarikat yang dianggarkan bernilai RM100 juta turut dibekukan dalam siasatan kes kartel projek kerajaan.

Jelasnya, kartel projek kerajaan yang diketuai oleh seorang ahli perniagaan berusia 47 tahun itu telah membolot projek kerajaan menerusi tender dan sebut harga bernilai lebih RM3.8 billion.

Difahamkan, sindiket ini sudah beroperasi sejak tahun 2014 hingga 2021.

Beliau berkata, kemewahan yang ditunjukkan oleh Datuk berkenaan yang juga ketua sindiket amat luar biasa.

Selain dari memiliki nilai hartanah dan wang tunai yang luar biasa jumlahnya, suspek juga memiliki beberapa kereta mewah, sebuah kapal mewah dan dua helikopter.

Tambahnya, modus operandi kumpulan kartel projek kerajaan itu ialah membuka lebih 150 buah syarikat dengan setiap individu yang digunakan nama sebagai pengarah syarikat dibayar gaji antara RM5,000 hingga RM8,000.

Loading...
Terkini