comscore
Tumpuan :
Jenayah

Datuk Seri Antara 25 Ditahan Berparti Liar Di Janda Baik

Polis menyerbu sebuah banglo di Janda Baik yang dijadikan tempat mengadakan parti liar. FOTO : Bh Online

KUANTAN: Seorang lelaki bergelar ‘Datuk Seri’ merupakan antara 25 individu ditahan dalam ‘parti liar’ di sebuah banglo yang disewa di Janda Baik, Bukit Tinggi Bentong, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Zaiham Mohd Kahar berkata, kesemua mereka berusia 18 hingga 64 tahun yang terdiri daripada warga asing dan tempatan itu ditahan sepasukan polis kira-kira 1 pagi.

Beliau berkata, ketika serbuan polis turut merampas dadah dipercayai jenis ketamin dan pil ekstasi yang dianggarkan bernilai RM800 dan siasatan awal mendapati banglo berkenaan disewa dengan harga RM15,000.

Katanya ujian saringan awal air kencing suspek yang terdiri daripada 15 lelaki dan 10 wanita itu juga didapati positif dadah.

“Seorang yang ditahan bergelar Datuk Seri berusia 46 tahun dan polis masih menyiasat siapa penganjur parti itu. Kesemua suspek direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1) (a) ADB 1952,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Zaiham merakamkan penghargaan terima kasih kepada orang ramai khususnya penduduk Bentong yang telah menyalurkan maklumat. – BERNAMA

Loading...
Terkini