comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] [KEMAS KINI] Kes belasah remaja lelaki, 7 suspek sudah ditahan

 

JOHOR BAHRU: Lagi kes buli dipercayai membabitkan pelajar sekolah.

Tular satu video berdurasi 58 saat di media sosial hari ini yang memaparkan seorang remaja lelaki dipukul bertubi-tubi oleh sekumpulan remaja lain.

Kejadian disyaki berlaku di sebuah taman permainan di kawasan Putri Wangsa, Johor Bahru.

PDRM yang dihubungi Buletin TV3 memaklumkan tangkapan sudah dilakukan susulan laporan polis yang dibuat jam 4 petang tadi.

Setakat ini 7 pelaku berusia antara 14 hingga 17 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.

@buletintv3

Satu video tular di media sosial memaparkan sekumpulan pelajar membelasah seorang remaja lelaki ala gusti di Johor Bahru, Johor. #BuletinTV3 #Tular #Buli #Johor

♬ original sound – BuletinTV3 –

 

Loading...
Terkini