comscore
Tumpuan :
Jenayah

Doktor ditahan disyaki cabul pesakit berusia 15 tahun

Foto hiasan

IPOH: Seorang doktor ditahan bagi membantu siasatan kes cabul seorang remaja perempuan berusia 15 tahun.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Hafezul Helmi Hamzah dalam kenyataan berkata doktor berkenaan ditahan Rabu lepas susulan laporan yang dibuat remaja itu pada 9.14 malam, 4 Jun.

“Mangsa mengatakan telah diganggu secara seksual oleh lelaki dipercayai doktor semasa mendapatkan rawatan di wad kecemasan, Hospital Changkat Melintang,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat di bawah seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mohamad Zulkarnaiin Jusoh di talian 013-9740294.– BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini