comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Dua geng samun di Kuantan tumpas

Oleh: Fazli Ahmad

KUANTAN: Dua kumpulan penjenayah dikenali Geng Lekir dan Geng Shafiq aktif melakukan samun berkumpulan di sekitar daerah ini tumpas susulan tertangkapnya empat lelaki termasuk ketua kumpulan itu kelmarin dan semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata dua kumpulan terbabit disyaki aktif melakukan samun terutama pada waktu siang.

Katanya, kumpulan pertama membabitkan dua Geng Lekir usia 31 dan 39 tahun ditahan di Kampung Batu Lima dan Kampung Seri Damai, Kuantan.

Kumpulan itu disyaki terlibat dalam beberapa kes samun membabitkan warga asing di sekitar Gebeng dan bandar Kuantan.

“Hasil tangkapan, polis merampas sebuah Proton Waja, sebuah Proton Satria Neo dan dua senjata tajam disyaki digunakan suspek ketika melakukan samun,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Suspek mempunyai pelbagai rekod jenayah ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan serta bersenjata.

Menurutnya lagi, dua penjenayah lagi usia awal 20 tahun disyaki “Geng Shafiq” ditahan di Kampung Pulau Manis, Gambang dan Paloh Hinai, Pekan semalam.

Kedua-sua suspek disyaki terlibat dalam kejadian samun seorang ahli perniagaan berusia 68 tahun di Kuantan 22 Julai lalu membabitkan kerugian lebih RM6,000.

Dalam kejadian itu, ahli perniagaan terbabit turut tercedera dipercayai terjatuh ketika disamun.

“Kedua-dua suspek juga disahkan positif dadah dan siasatan lanjut sedang dilakukan untuk mengenal pasti pembabitan mereka dalam kegiatan jenayah lain,” katanya.

Loading...
Terkini