comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Dua individu menyamar penghantar makanan lepaskan tembakan rambang, tiga cedera

 

SIBU: Tiga orang cedera selepas dua individu melepaskan tembakan rambang di sebuah kedai makan di pusat beli belah Medan Mall di sini.

Ketika kejadian sekitar jam 5.00 petang itu ketiga-tiga mangsa sedang menjamu selera di salah sebuah premis di kawasan berkenaan.

Insiden turut dirakam kamera litar tertutup.

Menurut sumber, penyerang menyamar sebagai penghantar makanan dan tiba dengan menaiki motosikal.

Salah seorang penyerang datang sambil memegang sepucuk pistol lalu menghampiri mangsa manakala seorang lagi penyerang melepaskan tembakan dari arah luar bangunan.

Semua mangsa dihantar ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Kes masih dalam siasatan pihak polis.

Loading...
Terkini