comscore
Tumpuan :
Jenayah

Dua rakyat Malaysia cedera, letupan bom motosikal di Narathiwat

Dua rakyat Malaysia cedera, letupan bom motosikal di Narathiwat

KOTA BHARU: Dua rakyat Malaysia antara lapan cedera dalam kejadian bom motosikal di Jalan Phu Pha Phakdi, Daerah Mueang, Wilayah Narathiwat, malam tadi.

Dalam kejadian 9.35 malam itu, lebih lima motosikal dilaporkan terbakar dipercayai akibat bom dipasang pada kenderaan berkenaan.

Bagaimanapun, kesemua mangsa berusia antara 20 hingga 30-an hanya mengalami kecederaan ringan.

Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi, ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

“Kedua-dua mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dan mereka berasal dari Kelantan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan dalam kejadian 28 April lalu, empat anggota keselamatan Thailand cedera apabila terkena letupan bom yang dipercayai diletakkan penjenayah di Kampung Pasemas, Sungai Golok.

Ketua Polis Daerah Sungai Golok, Pol Col Jadsadavit Inprapan berkata, kejadian 12.05 tengah malam itu, semasa anggota berkenaan dalam perjalanan bagi melaksanakan tugas-tugas keselamatan di pekan Sungai Golok dengan menaiki sebuah kenderaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini