comscore
Tumpuan :
Jenayah

Elak cukai: 7 kereta mewah, 10 motosikal dirampas 

PELABUHAN KLANG: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas tujuh kereta mewah dan 10 motosikal kerana disimpan melebihi tempoh ditetapkan di gudang berlesen di Pelabuhan Utara, 28 Disember lalu.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Norlela Ismail berkata, rampasan dilakukan susulan operasi bersepadu Bahagian Penguatkuasaan dan Bahagian Perkastaman JKDM Zon Tengah.

“Hasil operasi berkenaan tujuh kenderaan mewah jenis Audi, Porsche dan Mercedes Benz pelbagai model serta 10 motosikal jenis Honda, Kawasaki dan Ducati bernilai RM750,000 dan cukai atau duti berjumlah RM803,000 dirampas.

“Semua kenderaan ini disyaki disimpan melebihi tempoh yang dibenarkan di dalam gudang berlesen,” katanya pada sidang media di JKDM Pelabuhan Utara, di sini, hari ini.

Menurutnya, tindakan itu tidak mematuhi syarat-syarat dalam lesen seperti mana peruntukan dalam Seksyen 65(2) dan Seksyen 65(5) Akta Kastam 1967.

“Peraturan menetapkan tempoh penyimpanan adalah selama 48 bulan fi gudang berlesen namun pihak terbabit enggan membayar cukai bernilai RM803,000.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 138 Akta Kastam 1967 iaitu pelanggaran syarat-syarat lesen gudang berlesen,” katanya.

Loading...
Terkini